Pada awal tahun 2018 yang lalu, Bilik Program Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah (SMK Sultan Abdul Samad, Klang) telahpun diwujudkan dan dibuka kepada warga sekolah. Imaginasi Kreatif @ Cikgu Samurai telah diminta untuk membina replika atau model ringkas sebatang rokok. Nak tak nak, terpaksalah buat kerana amanah telah diberi maka alasan terpaksa diketepi (sebab telah dilantik sebagai AJK Kecil.....).
Jadi untuk menjayakan projek yang biasa-biasa ini, seperti lazimnya bahan-bahan terbuang @ terpakai sudah semestinya menjadi pilihan utama. Ingat yea.. Ingat kepada penggunaan mana-item / barang yang berteraskan konsep 3R aje (reuse, reduce & recycle). Selain itu, bahan-bahan yang dipilih perlulah berkualiti, tahan lasak & tahan lama dengan perubahan iklim khatulistiwa di negara Malaysia yang kita cintai ini. Kita nak hasil kerja yang kita buat ini tahan berbulan-bulan atau bertahun-tahun (jika boleh la....he...he...he.....). Takkan asyik nak buat benda yang sama saban tahun kan....Penat tu cik adik / cik abang oiii.........
Apapun, KOS EFEKTIF perlu DIDAHULUKAN, KUALITI produk (model) DIY dihasilkan perlu DIUTAMAKAN.
Moga-moga replika @ model rokok DIY yang dicipta ini walaupun tampak ringkas (simple), diharap ia dapat memberikan sedikit ikhtibar (pengajaran) kepada kumpulan sasaran, khususnya murid-murid sekolah. Bersama-samalah kita membanteras dadah dan item sekufunya kerana ia musuh, virus & agen pemusnah jiwa raga INDIVIDU, KELUARGA, NEGARA dan AGAMA.
Jadi untuk menjayakan projek yang biasa-biasa ini, seperti lazimnya bahan-bahan terbuang @ terpakai sudah semestinya menjadi pilihan utama. Ingat yea.. Ingat kepada penggunaan mana-item / barang yang berteraskan konsep 3R aje (reuse, reduce & recycle). Selain itu, bahan-bahan yang dipilih perlulah berkualiti, tahan lasak & tahan lama dengan perubahan iklim khatulistiwa di negara Malaysia yang kita cintai ini. Kita nak hasil kerja yang kita buat ini tahan berbulan-bulan atau bertahun-tahun (jika boleh la....he...he...he.....). Takkan asyik nak buat benda yang sama saban tahun kan....Penat tu cik adik / cik abang oiii.........
Apapun, KOS EFEKTIF perlu DIDAHULUKAN, KUALITI produk (model) DIY dihasilkan perlu DIUTAMAKAN.
Moga-moga replika @ model rokok DIY yang dicipta ini walaupun tampak ringkas (simple), diharap ia dapat memberikan sedikit ikhtibar (pengajaran) kepada kumpulan sasaran, khususnya murid-murid sekolah. Bersama-samalah kita membanteras dadah dan item sekufunya kerana ia musuh, virus & agen pemusnah jiwa raga INDIVIDU, KELUARGA, NEGARA dan AGAMA.
Oklah, jangan berlengah lagi. Jom kita mulakan kerja sekarang............................................
Hhmmmmm...........
Tiada dolak dalih................
Tiada kompromi.........................
Tiada simpati .. ...............
Tiada alasan............................ .
Tiada keluhan............................
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Inilah gerak kerja awal yang perlu anda buat. Apa yang perlu dibuat tu....? Haa........anda hanya perlu siapkan @ sediakan @ beli @ cari @
- Batang uPVC (hHDPE) terpakai - Kerangka utama bagi model rokok. Pilih yang berwarna putih berbanding warna kelabu. Apa jua saiz boleh anda guna. takde masalah.........
- Cat warna (dalam bentuk spray aerosol) merah, oren, putih & hitam - bagi mencorak warnakan model rokok DIY agar tampak cantik & menarik.
- Cat warna (dalam bentuk spray aerosol) neutral (clear) - bagi kerja-kerja 'finishing' & mengilatkan model rokok DIY..
- Kertas terpakai @ surat khabar terpakai- Direnyuk-renyukkan untuk membentuk bara api model rokok DIY.
- Pita pelekat (masking tape) - untuk memisahkan warna & memudahkan tugasan dalam kerja-kerja mengecat.
- Tali (rafia, nylon, dawai halus dsb.) - untuk menggantung model rokok DIY bagi memudahkan kerja-kerja mengecat & mendapatkan kualiti kerja yang optimum.
*** PVC = Polyvinyl chloride.
*** HDPE = High Density Polyethylene
*** DIY = Do-It-Yourself
ANGGARAN KOS :
Pada dasarnya, kebanyakan bahan-bahan / item-item yang saya, Imaginasi Kreatif @ Cikgu Samurai paparkan di atas boleh anda perolehi secara percuma (atas daya inisiatif anda sendiri). Jadi, saya boleh katakan bahawa kos untuk membuat model atau replika rokok DIY ini adalah minimum
JANGKA MASA SIAP :
1 atau 2 hari sahaja, walaupun ia dilakukan oleh seorang individu sahaja.
LANGKAH PENYEDIAAN KERJA :
![]() |
| BAHAN TERBUANG @ TERPAKAI...........Paip saluran air UPVC merupakan komponen utamadalam pembikinan rokok DIY ini. |
PERTAMA : Dapatkan paip uPVC (HDPE) terpakai berwarna putih (kalau takde warna putih, boleh jugak guna warna kelabu jika dah takde pilihan). Carilah yang bersaiz sederhana atau besar (jangan terlalu kecil melainkan anda ingin membuat model bersaiz mini). Potong mengikut kesesuaian atau kemahuan yg diingini dengan menggunakan gergaji mata halus (gergaji untuk potong batang paip uPVC tu.....). Panjang 3 hingga 4 kaki sudah memadai bagi paip yang bersaiz sederhana. Bersihkan permukaan batang paip uPVC daripada sebarang contengan, minyak, gurisan atau kotoran (habuk, debu dsb).
KEDUA : Sediakan spray warna (colour aerosol) yg diingini. Dalam tutorial ini, Imaginasi Kreatif @ cikgu Samurai hanya mengguna pakai 4 jenis warna sahaja, iaitu warna putih, jingga, oren, merah selain cat neutral (clear) untuk tugasan akhir mengecat (paint finishing). Cat jenis aerosol ini dipilih kerana ia lebih mudah dikendalikan dan mudah kering dalam jangka masa yang singkat. Cat kilat (cat minyak) atau cat akrilik juga boleh digunakan, jika anda mahu atau tiada pilihan. Pastikan ia dicat nipis dan tidak dibiarkan meleleh-leleh hingga mencacatkan pandangan di mata.
KETIGA : Sembur keseluruhan batang paip uPVC dengan warna putih sekurang-kurangnya 3 lapisan. Pastikan lapisan pertama adalah nipis sahaja. biarkan ia kering seketika. Ulangi langkah yang sama seperti sebelum ini. Mengecat dengan lapisan yang nipis berulang kali adalah LEBIH BAIK berbanding dengan mengecat satu lapisan yang tebal. Seterusnya, warnakan bahagian hujung tepi batang uPVC dengan dgn warna hitam sahaja bagi menggambarkan kesan jelaga asap pada hujung model @ replika rokok DIY.
![]() |
| KERJA-KERJA MENGECAT.........Perlu dibuat dengan punuh tekun dan teliti bagi mendapatkan hasil yang menarik dan memberangsangkan. |
KEEMPAT : Sumbat hujung paip uPVC tadi dengan kertas atau surat khabar terpakai yang siap digumpal-gumpal (direnyuk-renyuk). .Warnakan gumpalan /renyukan kertas atau surat khabar terpakai tadi dengan warna hitam atau gabungan warna hitam-merah untuk menggambarkan kesan terbakar dek bara api rokok. Apapun, warnakanlah mengikut kemahuan dan kreativiti anda sendiri.
KELIMA : Balut bahagian bawah model rokok dengan pelekat (musking tape) bagi memisahkan bahagian rokok yang berwarna putih (berisi tembakau) dengan rokok berwarna jingga (bertindak sebagai penapis rokok). Seterusnya warnakan bahagian bawah model @ replika DIY dengan warna jingga / oren atau coklat muda.
Sebaik-baiknya, anda gantung model @ replika rokok DIY dgn guna apa jua jenis tali seperti rafia, nylon dsb. Setelah berpuas hati dengan keseluruhan hasil kerja seni tu & ia telah kering sepenuhnya, tanggalkan pelekat (musking tape) tadi yang memisahkan bahagian antara warna putih dan jingga tadi. Nah...sekarang anda nampak hasil seni anda seolah-seolah sebatang rokok yang sebenar.
![]() |
| ROKOK KRETEK DIY........Setelah siap proses pengecat terakhir (final coating), rokok gergasi siap sedia untuk dipasarkan ke pasaran |
KEENAM : Langkah yang terakhir yang anda perlu buat adalah melakukan pengecatan terakhir. (final coating) .Anda warnakan keseluruhan model @ replika rokok DIY yang comel lote tu...dengan spray neutral (clear). Lakukan semburan yg nipis berulang kali (sekurang-kurangnya 3 lapisan nipis). Biarkan model terus tergantung & pastikan cat benar2 kering sebelum dialihkan.
Inilah dia gerangannya......Siap sudah model @ replika rokok DIY yang anda impi-impikan.
![]() |
| PENGIKAT.......Gunakan besi pengikat ini (steelband) untuk memastikan model @ replika rokok DIY yang diperagakan di dinding rata benar-benar kukuh dan tidak mudah terjatuh. |
Seperkara lagi, sekiranya anda ingin meletak atau memasang model @ replika rokok DIY ini di mana-mana dinding, sila gunakan pengikat seperti 'steelband' ini yang banyak dijual di mana-mana kedai 'hardware'. Melalui cara ini, barulah replika @ model rokok DIY ini dapat diperaga dengan kukuh & menarik.
"SELAMAT MENCUBA & BERDIY"
Ikhlas daripada :
* Tak dapat bersedekah harta fizikal (wang ringgit, tanah dsb), bersedekah ilmu yang bermanfaat & buah fikiran / idea kreatif pun memadailah......







No comments:
Post a Comment